Saturday, 12 January 2013

halloooo 2013

heyyy... salammm... long time no see hey semua seriusly lama gile tinggal kan blog ni haihh... semenjak naik form 3 ni perghh x de mase siaaa.. na update bagai n na open laptop pon malas taw hmm..btw ape azam korang tahun ni??? hee azam wani for this year insyallah wani na belajar sungguh sungguh n bukti kan kat parents n wole my family that i can be a succes :D hope ape yang wnai azam ni insyallah akan tercapai hee...
2013 pictures hee... alllooooooohaaaaaaa

Sunday, 4 November 2012

Festival program bimbingan seni budaya (pengalaman)

hey, lama dah tak update hurm ni wani na cite baru-baru ni wani pergi festival program bimbingan seni budaya kire nye PBSB la hurmm best gile taw hee then wani dapat jumpe kawan2 seni wani hee btw hee wani ade jumpe sorg budak ni haha hensem lorhh hee n wani ngn die berkawan hehe... btw first kite orang kene jadi host hurm part tu ase happy alik2 tetibe kite org just hanya kene berlakon je hurmm x best gak ase time tu tpi na wat cne an haihh btw happy bab lakonan wani menjadi weheheehe suke nye hati hehe hope that org budaya call us for anything event again huu.. na sangat taw huu.. nnt wani upload gambar hee now xleyh agi cause kamera ade ngn membe huhu tertinggal pape pon nnt tunggu lah hehe.... ^_^

Tuesday, 23 October 2012

MERDEKA!!

hai semua assalamualaikum... yeayy akhir nye exam dah berakhir perghhh lege rasa nye huu... but takot jugak result macam mana eyh haihhh harap lulus sebab wani tak nak gagal!! taw haihhh harap sangat tak gagal haihhh btw happy dah habis exam yahoo! :D

tutorial nak buat background untuk facebook(fbskin

first step ! open google... then search fbskin, then click dekat bulatan yang saya hitam kan tu
Second Step ! click dekat Create your own...
Third Step ! dekat atas tu ade cara2 ape yang kite na so if kite na letak gambar kita boleh upload disitu...
And the last step ! bila puas dengan hasil kita so click save
anda perlu tunggu dan itu lah hasil karya anda :D SELAMAT MENCUBA !! :D

Friday, 12 October 2012

Stress!!!

Assalamualaikum semua huu minggu depan dah exam but wani tak sedia na jawab examm oh my hm wani na naik kelas tapi camana hurm wani tak sedia lagi untuk jawab exam huu hurm dah lah folio kene hantar minggu depan jugak perghh gila lah kata haihhh arhh.. wani harap sangat pencapaian kali ni pliss lahh wani tak nak gagal!!! pleasee i hope n hope!!

Thursday, 4 October 2012

long time no see

hey lame dah wani tak update kan hee... wani sekarang busy lahh yelah na exam akhir tahun dah kan hurm kene study hard sikit pastu last2 gini lah baru dapat kerja kursus sejarah pulak tu haih susah pulak na fokus kat study untuk exam sebab fikir kan folio je haih... wani harap sangat exam last ni takkan buat parents wani terkilan haih dah lah result up2 terok na mampos haih sabo je lahh wani harap sesangat ya amat kata... n wani tak na ada fail sebab 2 exam wani tak fail n wani dapat no 2 dalam kelas taw i hope kali ni pon dapat no 2 cause wani na naik kelas plisss tak bole lah kelas intan bab dah macam kelas nilam ase haih na delima plisssss tak berlian delima pon jadi hehe (aku ckp belian delima ni yang membaca ni paham ke tak eyh hehe?) btw maksud wani, wani na masuk kelas kedua sebab kelas kedua bole gak wani na fokus tuk study haap n berharap sangat aih...

Thursday, 27 September 2012

just a qoutes... by me!

"every young people remembers their first love, and tries to recapture that strange hour, the memory of which changes his/her deepest feeling, and makes him/her so happy in spite of all bitternes of its mystery."

Monday, 24 September 2012

kami peserta Kem Semarak Teater Kebangsaan 2012
weheeeee
kami negeri yang sama tapi produksi yang berbeza yaw...
melawat ke Batu Caves Selangor ini adalah pengalaman manis buat wani weheeee!!!

Sunday, 23 September 2012

KEM SEMARAK TEATER 2012

Hey lame dah x update kan hee ni wani na cite ni hee salame seminggu wani tak pergi sekolah na taw tak sebab pe hee wani dipilih untuk ke semarak teater kebangsaan 2012 wakil pahang taw hee excited gile huu n tempat nye di Klang Selangor. setelah sampai disana kami check in dekat hotel Goldcoures klang betul2 bersebelahan sungai klang yang indah tuh haha kay sebenar nye kotor ya amat lorhhh ee gile ase huu then wani n team pahang dapat bilik tingkat 13 huu kami dapat jumpe team kelantan sebelah kami n team kedah taw hee ramai gile kenalan baru dekat sane n happy sangat2 mereka semua sporting n friendly xdek sorang pon yang sombong taw then kesemua peserta kem semarak tersebut membuat undian untuk ke production yang diundi akhirnya wani dapat produksi Perlis taw hurmm first ase debar taw tapi bile dah lame2 tu ase best gile dapat kenal kawan baru dari kelantan, melaka n ramai lagi lah hee then ade pulak orang kata wani ade ade kembar dengan budak yang same dengan produksi wani taw hee hebat tak? haha produksi yang wnai dapat ni agak best n tajuk lakonan kami ialah JANGAN BERDUKA MALAYSIAKU walau tak dapat plantinum kami tetap dapat emas taw heethen hari jumaat kami lawat ke ict di shah alam best gile tapi mmg panas gi sane hee then on the last day kami sedih jugak sebab itu adalah perjumpaan terakhir buat kami semua huu kami bersalam salaman n berpelok pelok kan haha pelok? hurm jangan salah fikir lak alah biasa lah akan rindu kat diorg ken hurm korg pon gtu jugak kan hee.. n time perjalanan pulang sempat kami lawati ke batu caves kat selangor tuh perghh best tapi syg nye wnai x dapat na beli sevinior kat kengkawan lah bab mahal doe...hurmm then slepas tibe di kuantan n tibe di smk seri mahkota kami team pahang sedih jugak sbb kami bukan dari sekolah yang tapi kami hanya dari wakil yg sama iaitu pahang n kami sedih sebab itu pon maybe perjumpaan terakhir kami ya lah separuh dari muadzam separuh dari smk seri mahkota n wani dari beserah humm mne x sedih nye kan haih pape pon kami bole contact jugak lah ken hee n last thing WANI RINDU SAMA KAMOO SEMUA.. huuu

Friday, 7 September 2012

Sahabat Sejati...

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’ DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu; Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah: sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri. sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup. sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu. sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan. Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

apa itu cinta? dalam maksud islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu. Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata. Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal. Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti: 1. Cinta kepada Allah Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. Firman Allah s.w.t: “... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165) 2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´ Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut: “Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901) 3. Cinta Sesama Mukmin Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. Maksud firman Allah s.w.t: “... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29) Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu. Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya. Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan. Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam

Wednesday, 5 September 2012

pening

hurm kenapa kenapa kenapa!!!! kenapa lah wani masih lagi terpikir dekat alif hurm adakah hati wani masih susah untuk lupe kan dia? tapi hurm wani x na hurm if kalu wani dengan dia wani tak kn pernah hidup damai setiap hari akan gaduh hurm ok wani jujur yang hati wani masih syg kan alif tapi itu hanya perasaan wani n itu yang perlu wani lupekan dan mula hidup baru tapi kenapa setiap kali wani na start je mesti dia akan muncul hurm adakah alif betul2 ntuk wani? adakah alif orang yang tepat untuk wani? haih wani pon tak tahu tapi satu je aku syg kan alif lagi dan aku susah na lupe kan dia aku harap dia boleh ubah dan terima lah macam mane aku ni sekarang n maybe dia masih belom nampak lagi macam mane aku hurm...aku masih sayang kan kau lagi AH!

Tuesday, 4 September 2012

was was...

hurm nape ek wani ase hurm nth lah len sgt hati wani ni macam dapat rase ade yang kosong sangat hurm kenape ye... dan kenapa masih wani tak dapat rasa apa yang wani tengah alami sekarang. adakah apa yang dikata kan hati wani ni ya atau hanya sandaran wani pon tak tahu wani harap sangat apa yang tengah wani rasa sekarang ni bukan apa yang wani fikir kan wani harap selepas ia pergi hidup akan lebih ceria dan tiada lagi kehidupan sedih wani harap sangat begitu dan wani hanya mahukan kebahagiaan dan kasih sayang dan kesetian yang jujur je tapi adakah apa yang wani inginkan itu menjadi realiti? hurm wani nak apa yang pernah terjadi dekat wani dulu akan berubah segala galanya dan tiada tanda untuk kembalinya lagi ...amin... :/

Friday, 31 August 2012

HARi MerDEka

heyyy wani na wish selamat hari kemerdekaan ke 55 n tema die janji ditepati wani harap negara kite akan lebih maju dan tiada kemiskinan di negara ini insyallah hari ni hari best jugak untuk wani(31.8.2012) hari ni birthday adik wani yg no 3 name die syafiq asyraf tu gmbr yg kat bwah tu hee comel kan macam apek hee n hari ni jugak wani buat openhouse untuk pertama kali hee n kire sambut lah sbb first time raya kat kuantan kan hee biase balik singapura hmm n wani ajak sume kwn2 kelas wani tapi ade jugak yg x dpt hadir tpi xpe wani paham huu... n hm x ade satu je x bast bab hm b sy x dpt hadir huu hm die kata no trans but it's okay wani paham.. hm kalu na tgk pic hee pergi jek kat fb wani yew...

Wednesday, 29 August 2012

baru pas tukar backgroud...

hee hey lame dah ite x update an hee na story nih hm wnai baru je tuko BG ni hee tpi sowy x brape lawo n x sempurna nye siap lorh hm ikut kn bnyok agi nok tmboh nih tapi internet lak wat siput die aishhh hm tpi xpe kite kene sabar kan hmlame2 sempurna lah ia ye haha.. hm kay lah kite na tambah agi bahan ni hee nnt dah tgk follow lah blog ite nih hee.. *taw blog ite x secantik korg ken huuu*

Tuesday, 21 August 2012

hee ni family wani n ini adalah tema kale baju raya tahun 2012 hm thun depan x taw agi ape tema nye heehe

SELAMAT HARI RAYA...

ni THEME hari raya 2012 bluegrey hehe


hee nampak gemok an aku pakai bju ni hee sbenar nye ni dress lah hm kalu kene angin huu kembang semangkuk aku hehe
hari raya-3 kurung modern hee vintage skit hee suke2
hey lame wani x post hehe sakan benor ngn raya nye hm tpi nth lah thun n ramai kate x meriah hm tpi mmg pon hm but yg best nye alhamdulillah wani dpt gak wat collection raya hehe...cne korg beraya best hehe hm ni wani na cite time2 raya ni haa hehe time ari first raya tu kan hm perghhh kene bangun pagi hee wani bgun kul 6 lebih cmtu bab kene tolong masak huu dh lah sejuk ngntok lak tuh bab malam sebelom raya tuh wani tido na kat kul 2 hehe gone x ngntok gitu hehe.. hm menu first raya perghhhh mcm2 bole wat kedai makan dah haa.. ahhaha hm first adalah menu wajib tapi sebenar nye wajib time raya haji hm sbb thun ni first time raya kat rumah biase wani balik singapura huu tahun ni x hm hm first menu mee soto singapura hee second nasi lemak then lontong n paling wajib adalah sate goreng yum yum hehe... hm then hari first raya pergi umah tok at bukit kuantan sane huu kite org amik gmbr family at sne lak lah hm biase gmbr family belah ayh an hm thun ni ibu pulak hehe hm pening pak2 mak2 sdare aku sbb kedudukan nye haha tpi best hehe.. cam biase aku lahh kamera gurl nye hehe sedih gmbr aku xdek tpi xkesah haha... hm sbenar nye bnyk lagi hm tpi malas ar mcm wat karangn lak nih hehe over all hm sume nye happening n bole lah thun ni first time raya sini katakn hee sini tu kuantan lorhh hee... ni gmbr bju raya wani selama 3 hari beraya hehe

Monday, 13 August 2012

hehe ibu kasi cadar katil raya hoho *selok*

hee omey x hee pink kalew taw...
hehe happy sikit jek hee cause aku mintak ngn ibu cadar katil baru hee then dgn skelip mata aku dpt cadar katil baru huu but cadar katil  ni x padan ngn katil aku lorhhh hm katil aku katil bujang jep hm yg ibu bagi katil king saiz nye hadui haha but who  cares hehe ibu kata beli wat sedak haha ye lah kan for what if beli  but x pakai hm unfortunately kale cadar x sama ngn bilik aku lorh hm yelah langsir n carpet pon biru tapi cadar aku pink hehe but alah creative lah sikit kata kan hee k lah na test cadar raya boh hihikkk

Sunday, 12 August 2012

Varsity jacket... i want you...

macam ni hm smart kan? hee na na na..!!
hmm skrg ramai aku tgk org pakai jaket varsity huu hm aku ingt org yg x bertudung x sesuai tapi hm jgn pandang rendah org yg bertudung pon bole taw hm salah satu die hana tajima yg famous tutorial tudung dia tuh hmm.. die pon pkai varsity gile smart doe... hm now aku tgh ejas ibu na varsity hmm tapi aku na yg ade hoodie nye hehe hm hope dpt lah yew hee.. tnye ayh tapi ayh kate hm nth n ibu cam diam jek haha biasa nya kalu diorg mcm tu hm nnt akan dpt mnde tuh hee yeppyyy aku na hee.. plisss mum n dad aku na varsity se... hee...

The beauty brown eyes..

this is my beauty brown eyes....hey guys... hee caye x ni mate wani hehe...hm kalu x caye hm sudoh lantok mu lah heh... hee ni mate wani hee actually wani na tunjuk tu jek kat tepi hee xdek keje menconteng mata hee bowing nye pasal hee cantik x cantik x cantik x hehe... k lol.. dah lah kang tgk lame2 kang jatuh cinta pulak kang hee... bye2 for now hee....

Saturday, 11 August 2012

Kemas kemas....nak hari raya nihhh!!!!

fuhhh arini penat gile ase hehe biarpon aku dah raya dah hehe tapi skejap je raya nanti maybe sambung balik hehe hm arini kemas umah x sepenuhnya lah tapi bole bnyk jugak keje nye hm arini keje mengelap jek n membasuh hehe aku n adik adik aku lap cermin yelahhh umah aku ni penuh dgn cermin ikut kn bnyk agi x mengelap sbbkn penat nye pasal hihik.. n lepas aku basuh kipas huh gile lenguh siot hehe yg aku bengang kipas bilik aku ni haa liat benor na cabut hee mcm tuan die jugak liat hihik... then bile da siap sume tu hm aku ase rajin pulak hee amik vacum n vacum bilik aku yg berhabuk ni haa.. hm ni baru kemas sikit2 nnt minggu dpn na dkt gile raya baru lah kelam kabut bagai na ape lagi haha tunggu je lahh nnt hee k lahh aku penat dah nih pinggang aku ni pon na kiok dah hihik bye....

Hari raya menjelang...

haih msti sume x saba na raya hm tapi aku x hm sdih je ase hm puasa na abis dah hmm kire nye hm tahun baru pon na dekat haih pantas waktu berlalu kan haih hm tapi aku na cite skrg ni sal raya daa hehe...
hm korg da abis ke shopping barang raya hehe... wani dah siap dah hee wani shopping awal bulan agi taw hehe.. hm tahun ni raya at umah je hmm x besh ar xdek sedara mara hm n mst x bnyk koleksi hehe hm korg punya baju raya kale pe hm wani kale silver hee bling2 agi taw hehe n dua bju lagi kale pink haha pink cerah n gelap hee yg paling x match nye kasut haha stripe zebra jek haha klakar ase but who cares kata trend an haha... hm hope korg enjoy with this hari raya n wani na ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin semua...

All my bestie...

atin,aby,qibah,husna,isha
hey ni na cite ni hee aku syg kat kwn2 aku hm tapi hm maybe aku thu diesebalik diorg penah melakukan yg tersirat disebalik nye hm tapi aku saba lah sbb hm diorg selama ni pon dah banyak tolong aku hee hm kalu na mention pon hm ramai gak tapi hee hm yg dalam pic tu sume bestie aku hee tapi sowy sape yg xdek dlm pic tuh hee korg still my beloved okay hee... thanx to all my fellows cause sudi jadi kwn aku selame ni n bnyk tolong aku hee aku syg sgt kat korg... muahhhh stepek at pipi masing2 hehe... yg dlm pic tu antara bestie yg bnyk tolong aku hee ni na kasi taw name diorg hm yang atas sekali belah kiri tu nama dia fatin amirah n aku panggil die atin or a.k.a monyet hihik..pastu yang belah kanan tu lak farhah amirah n aku ppanggil die aby hee dia ni perghh korg jgn men ngn dia salah sikit watch out taw or a.k.a singa betina you.. hee then yang bawah kiri tu yang tembam2 omey2 tu nur naqibah izyanni hee aku panggil dia qibah hee dia omey kan hee then kalu time boring aku ngn dia selalu karaoke dlm kelas haha suara dia gile best taw.. n yg tgh tu plak husna insyirah hee anak pok mail hm btw same jugak ngn kat sbelah tu yg fatty bombom tu hee means omey lah ye hm anak pok mail jugok hee n the last one is ku nurul farisha hee ni lah antara kwn aku yg bnyk sgt ckp n aku gelar kan dia joyah hee.. btw aku syg gile at diorg hm n thanx sudi jadi kawan aku hee love you all my gurls.. hee <3

Friday, 10 August 2012

Thanx to my friends...

hey.. assalamualaikum...aku na ucap berbanyak banyak terima kasih kat membe aku sorg nih hee... kalu xdek die hm xcomel lah kowt blog aku nih hee.. name die fatin amirah bt ramli a.k.a anak apak hehe... aku panggil die atin jer hee... die yg mengubah blog aku ni haha agak cantik lahh hee.. n untuk sorg ni pulak aku na ucap time kasih sgt2 hm kalu die x tnye aku pasal blog ni maybe aku x minat dah blog ni hmm dulu ye lah xdek pape na luah kan hm tapi bile kwn aku ni die swuh aku tolong buat kan blog ntuk die hmm tetibe hajat dihati na buat jugak hee akhirnya ade hee thanx to my beloved this two friends fatin amirah n farhah amirah hee love you bestie...
Fatin Amirah

Farhah Amirah

Aku rindu kamu sayang...

aku rindu sgt sama dia iaitu adalahhhh shhh hehe, hm aku gembira sgt hm diberi peluang ntuk bersama dengan die hm selama aku dgn hm dia banyak mengajar aku dan banyak mengubah aku thanx b i love so much being take care off me but sekarang kami dah berjauhan dan ini amat menyedih kan aku kerana dia adalah satu2 nye pengganti arwah atuk aku hm tapi sekarang maybe aku sudah kesunyian hm tapi tak pe aku yain seyakin yakin nye aku dan dia mesti kembali semula sebab kami ingat janji kami dan insyallah kami tunaikan... i love you b...

Next week exam...!!!

arghhhh tidakkk minggu depan na exam up2 plok aduhhhh... aku langsung x study hee..
but aku harap tolong buka minda time tu hmm jgn lah jadi loklak tetibe ye..
hee i hope kawan2 aku will pass exam n xdek sape yg ade gagal amin... haih
n satu lagi dah lah my baby trial  jugak aku harap die pass exam die n dapat kan straight a's lah hmm
goodluck baby n goodluck for me n my friends yeppyyy!!!

Salam perkenalan semua...

Assalamualaikum...

hey,nama aku syazwani amirah bt hishamrudin korg bole panggil aku wani atau ira
umur aku 14 tahun(2012) dan aku adalah calon PMR terakhir untuk 2013 nanti...
aku dan kawan2 berasa untung sangat sebab dapat mengambil PMR yahoo...
kalau korang bukak page aku ni pandai2 lah follow okay hee..

*thanx for open this blog i hope you will like it hee..*